Friday, 5 July 2013

INGATI DAKU :)

assalamualaikum ..

ingati daku 
seandainya aku lupa pada tuhan
diwaktu kelapangan dan kesibukan
dan juga kesenangan dan kesusahan

inagati daku zahir dan batinku dengan keislaman
jangan lupa pula pada aurat yang didedahkan
yang semakin singkat, tipis dan dijarangkan

ingati daku hakikatnya diri ini 
milik Yang Maha Kuasa
diserahkan jiwa dan raga
menjadi tumpuan hati buat segala-galanya

ingati daku
untuk menjadi seorang sahabat yang baik
cintakan kedamaian
kisah akhirat sebagai peringatan

ingati daku
untuk bercinta keranaNya
mengutamakan sifat seorang yang beriman
supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan

sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah lagi kerdil
yang selalu melakukan kekilafan di muka bumi ini

No comments:

Post a Comment